Wednesday, December 21, 2011

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia

Salam sejahtera.

Saya pernah membuat entri mengenai Taklimat Bantuan Rakyat 1Malaysia yang saya hadiri di Daerah Tuaran. Taklimat ini telah di selaraskan dan tidak berbeza dengan taklimat-taklimat seumpamanya di seluruh negara.

Apa yang membimbangkan dan mengecewakan adalah terdapat segelintir pihak yang cuba meneguk di air keruh. Kebelakangan ini kita banyak membaca mengenai kes-kes penipuan berkenaan dengan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ada yang menyebut tentang pihak tertentu yang menjual borang permohonan pada harga RM3.00 hingga RM5.00 sekeping.

Perlu ditegaskan bahawa borang ini diberi secara PERCUMA dan boleh diisi (bantuan boleh dipohon) oleh sesiapa sahaja termasuk pemohon yang grey atau status kelayakannya kurang jelas.

Sehubungan ini saya sertakan salinan borang softcopy yang telah saya muat-naik bagi tujuan kegunaan semua. Borang ini, BK-01 [1/2011], boleh didapati di semua pejabat daerah dan pejabat-pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara. Sumber borang: Pegawai LHDN yang membuat taklimat tersebut.

Muat turun BORANG BR1M.

Atau klik konsol di bawah untuk melihat pilihan-pilihan menu yang akan membawa anda ke laman Scribd.com, yang menjadi host kepada borang tersebut.

Interface BORANG BR1M

14 comments:

de engineur said...

For those trying to download and unable to do so, kindly drop me a line.
I'll check the document setting at Scribd.com (the hosting server).

DoRa Priscilla said...

Few days a go I help my dad isi :) hehe

HoneyBUZZin said...

I hardly knew you but this entry shows me the kind of person I would wish to meet someday. You have one big caring heart there. Thank you for being a friend to me.

Regards,
honeybuzzin

Meitzeu said...

I really don't understand why people could always find a way to cheat other ppl's money. How sad.

mt
http://www.facebook.com/meitzeupage

Angie said...

So thoughtful of you to put up the forms here. This could help many people.
Yup, people will do anything for money..but to cheat especially those innocent folks is really disgusting..

tehr said...

ada je orang yang mahu ambil kesempatan nak cari duit mudah

Wyne @ Mouren Mauve said...

RM3 to RM5 for 1 forms?!! Crazy.

de engineur said...

I know we can get them rather easily now but during the first few days of distribution (10th - 16th Dec) there were lot of drama, rumours, and unscrupulous quarters took advantage of the situation.

On the day the Form was released I found a place selling 10-pcs for RM3.00 (not too bad). I bought 20 pcs for the folks in my village. The rest is up to them to make photocopies.

But RM5/pc as reported by Daily Express is too much and is more like panic act, really, on the part of the buyers.

thomas said...

i think is will be better if all this were to be incorporated into the essential food subsidy scheme like before.

sahromnasrudin said...

kenapalah wujud tangan2 halus yg cuba menangguk di air yg keroh nie ya..tak bersyukur lgsung...

♥BelLa Ace♥ said...

Aduh...padahal terang2 kena tulis atas tu form penjuru sblh kanan "PERCUMA"..
Sanggup diorg ambil kesempatan..
Owh..and not forgetting the fake forms yang minta no akaun bank..
Sanggup menipu urg2 yg susah yg betul2 memerlukan bantuan ni..huhu
But good info tho.. been positng about BR1M too.. ^_^

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

alhamdulilahh...semua org kampung dah setel isi dan hantar borang pmohonan ni..

kay masingan said...

Memang orang yg x berhati perut betul jual ni borang, orang kg memang selalu kena ni. pity of them.

de engineur said...

@DR a.k.a Elih. Ngam la tu, semua masyarakat kg mesti diberi peluang utk mdpt bantuan ini